Di saat pelajar Tingkatan 3 lain berjuang untuk menjawab soalan peperiksaan PT3, pelajar ini memilih untuk menamatkan riwayatnya kerana stress yang keterlaluan.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Menurut WORLD OF BUZZ, pelajar berusia 15 tahun ni bunuh diri dengan terjun dari tingkat 11 sebuah apartment di Lebuh Sungai Pinang di Georgetown, Pulau Pinang semalam (1 Oktober). ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Laporan juga memaklumkan yang mangsa, Cheah Xin Hui telah membuka pintu tingkap biliknya sebelum terjatuh ke bawah. Mayatnya kemudian telah ditemui oleh seorang tukang cuci dekat swimming pool pada jam sekitar 8.45 pagi.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Lebih menyedihkan, sebelum meninggal dunia gadis tu ada meninggalkan empat pucuk surat kepada keluarga, kawan dan rakan sekelasnya.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
"Dalam surat yang ditulis mangsa, dia meminta keluarga dan rakan-rakan untuk jangan mencarinya lagi. Dia juga berkata yang dia sangat kecewa dengan keluarganya dan dunia ini. Kami percaya masalah keluarga jadi penyebab kepada kematian gadis ini," kata Che Zaimani.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Dalam suratnya kepada ibu, Cheah memohon maaf kerana dia terpaksa tinggalkan wanita itu dalam keadaan patah hati dan marah. Dia juga meminta ibunya supaya jangan rasa bersalah atas apa yang berlaku kerana ia salahnya sendiri.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
"Selepas saya 'pergi', mak sembang dengan dia untuk bercerai sebab saya tidak ingin tengok mak menangis kerana dia."